‘Saya percaya bahawa saya bersih’ – Guan Eng

Oleh – Syeikh Baran


‘Saya percaya bahawa saya bersih’ – Guan Eng
Guan Eng (kanan) ditemani bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang (tengah) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan yang beliau tidak akan berhenti untuk membersihkan namanya daripada tuduhan rasuah.

”Saya percaya bahawa saya bersih, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan nama saya, isteri (Betty Chew) saya dan Li Koon (Phang Li Koon) di mahkamah.



“Terima kasih kepada penyokong-penyokong, saya akan teruskan perjuangan kita,” katanya kepada pemberita ketika di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan Guan Eng dan isterinya serta ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk membatalkan tuduhan rasuah terhadap mereka membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Rofiah Mohamad, pagi tadi.

Dalam pada itu, sebaik prosiding tersebut berakhir, peguamnya, RSN Rayer ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya menerima dan akur dengan keputusan mahkamah.



“Setelah meneliti alasan penghakiman yang dikeluarkan oleh mahkamah, besar kemungkinan satu notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan.

“Di samping itu, kami akan membuat permohonan untuk pergantunggan perbicaraan di Mahkamah Tinggi sehingga keputusan Mahkamah Rayuan diterima,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button