Takiyuddin Hassan Pertikai Keputusan Mahkamah Tinggi?

Takiyuddin Hassan Pertikai Keputusan Mahkamah Tinggi

Takiyuddin Hassan Pertikai Keputusan Mahkamah Tinggi?

 

Selepas membisu seribu bahasa, secara tiba-tiba, pemimpin PAS mula bersuara mengenai isu Titah Adendum Pengampunan Di Raja kepada DS Najib.

Hakim Amarjeet Singh dari Mahkamah Tinggi Putrajaya telah membuat keputusan menolak permohonan Tengku Zafrul untuk memasukkan afidavit tambahan atas afidavit yang diberikan oleh DS Zahid dalam isu berkenaan.



Sebelum itu, DS Zahid telah memberikan afidavit untuk mengesahkan wujudnya titah adendum dalam Pengampunan Di Raja.

Namun Tengku Zafrul, terdapat kesilapan fakta yang membuatkan beliau mahu memfailkan afidavit tambahan.

Tetapi menurut Tengku Zafrul, ianya bukan untuk mencabar merit afidavit yang dikeluarkan oleh DS Zahid.

Namun Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Tengku Zafrul atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk beliau berbuat demikian.



Ini adalah kerana Tengku Zafrul tidak berada dalam pihak perbicaraan semakan kehakiman yang akan dijalankan.

Namun Tengku Zafrul boleh memohon semula apabila perbicaraan dimulakan.

Penolakan Mahkamah Tinggi mempunyai asas yang sangat kukuh dan tidak ada kena mengena dengan campurtangan dari kerajaan sekarang.

Namun, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, cuba memutar belitkan fakta.



Beliau cuba untuk menimbulkan mengkaitkan keputusan mahkamah tersebut dengan pentadbiran kerajaan sekarang.

Malah beliau menyifatkan, keputusan itu sebagai menghina kedudukan institusi YDP Agong dan Raja Raja Melayu.

Apakah Takiyuddin tidak membaca kenyataan yang dibuat oleh Tengku Zafrul sebelum memohon untuk memfailkan afidavit tambahan.

Secara jelas beliau nyatakan, tujuan beliau bukanlah untuk mempertikaikan isu (afidavit tambahan).



Cuma beliau mahu membetulkan beberapa fakta yang beliau rasakan tidak betul.

Apa lagi isu penghinaan kepada kedaulatan institusi YDP Agong dan Raja Raja Melayu, ianya tidak timbul langsung

Kedudukan institusi YDP Agong dan Raja Raja Melayu tidak akan disentuh langsung dalam perbicaraan semakan kehakiman tersebut.

Yang akan dibicarakan adalah kewujudan Titah Adendum Pengampunan Di Raja.



Sebenarnya perbuatan menghina institusi YDP Agong adalah engkar titah baginda Agong dan menipu Dewan Rakyat sebagaimana yang beliau pernah lakukan.

Apakah Takiyuddin lupa?

 

Takiyuddin Hassan Pertikai Keputusan Mahkamah Tinggi?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button