Imigresen gempur pusat pelacuran, 24 Pati ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Imigresen gempur pusat pelacuran, 24 Pati ditahan
Gambar Hiasan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 24 pendatang tanpa izin disyaki menjalankan pelacuran di sebuah pusat hiburan dan pusat pelacuran dalam Ops Gegar di sekitar Ipoh awal pagi tadi.

Pengarah JIM Perak Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 18 wanita warga Thailand, lima wanita Vietnam, dan seorang lelaki warga Thailand.



“Mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 50 tahun. Kesemua warga asing yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi tempoh dibenarkan dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kesemua ditahan di Depot Imigresen Ipoh untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Meor Hazbullah berkata tindakan tegas juga dikenakan terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji atau melindungi pendatang asing termasuk pendakwaan di mahkamah.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button