KBS minta polis segera bertindak

Oleh – Syeikh Baran


KBS minta polis segera bertindak
Faisal dilaporkan menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya, di sini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengecam keras tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyerang dua pemain Harimau Malaya, Akhyar Rashid dan Faisal Halim.

Hannah bertegas pelaku bertanggungjawab wajar dikenakan tindakan kerana kejadian seperti itu akan memberikan gambaran negatif terhadap industri sukan negara.



“Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. No violence in sports (keganasan tiada tempat dalam sukan)! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku,” katanya menerusi ciapan di platform X.

Baru-baru ini, tular berita mengenai Akhyar yang juga pemain sayap Terengganu FC disamun dan kepalanya dihentak dengan kuat menggunakan cota.

Terbaharu, Faisal yang juga merupakan tonggak utama Selangor FC dilaporkan menjadi mangsa simbah asid dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah sekitar Petaling Jaya.

Kejadian ini pastinya beri tamparan hebat buat majikan Faisal atau Mickey memandangan Red Giants akan turun menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perebutan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Jumaat ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button