Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi

 

Kalau disebut nama Wan Muhammad Azri Wan Deris, pasti ramai yang tertanya-tanya, siapakah beliau.

Tapi kalau disebut nama Papagomo, mungkin ada sebahagian kecil rakyat Malaysia yang mengenalinya.



Bukan dikenali sebagai seorang pejuang agama, bangsa dan tanah air, tetapi dikenali sebagai kaki fitnah yang sudah berulang kali naik turun mahkamah.

Terkini, Papagomo telah sekali lagi diheret ke mahkamah atas dakwaan menghasut dan menghina YDP Agong ke XVII, Sultan Ibrahim.

Sebagaimana yang penulis katakan, ini bukan kali pertama Papagomo menghasut dan memfitnah.

Akhir tahun tahun lepas, beliau telah disiasat oleh pihak polis kerana memfitnah Anwar Ibrahim menghidapi penyakit AIDS.



Kalau hendak disenaraikan fitnah Papagomo terhadap ahli politik yang beliau anggap sebagai musuh, mungkin 5 muka surat tidak cukup.

Namun sebagaimana yang pernah diingatkan oleh Rasulullah SAW, satu jari kita menunjuk kepada orang lain, 4 jari yang lain menunjuk ke arah kita.

Kokok Berderai Derai Tapi Ekor Bergelumang Taik

 

Papagomo sendiri bukanlah bersih, apa lagi suci seperti embun pagi.



Untuk rekod, beliau telah dibuang kerja sebagai anggota polis trafik kerana meminta dan menerima rasuah.

Selepas dibuang kerja, beliau mula menjinakkan diri dalam politik.

Penulis melihat penglibatan Papagomo dalam politik lebih sebagai parasit yang sanggup melakukan apa sahaja demi RM.

Harga dan maruah diri sanggup diketepikan demi mendapatkan RM dari ahli politik yang sanggup memberikan bayaran.



Dengan mengangkat diri sendiri sebagai pejuang dan pembela agama, bangsa dan tanah air, kehidupan Papagomo sendiri bergelumang dengan noda dan dosa.

Memfitnah orang lain terlibat dengan kehidupan songsang, tetapi beliau sendiri ‘menggoda dan bermanja’ dengan perempuan plastik di media sosial.

Dalam ucapan beliau ketika kempen PRK Kuala Kubu Baharu, beliau mencabar perdana menteri untuk memberikan keputusan ujian HIV.

Persoalannya, siapa Papagomo untuk mencabar Anwar?



Pelik tapi benar.

Melaungkan mengenai penyatuan Melayu, tetapi menjadi ‘makhluk belaan’ kepada manusia yang telah memecahbelahkan orang Melayu.

Memfitnah orang lain berakhlak songsang, tapi diri sendiri merindui makhluk songsang.

Pelik bagi kita, tapi tidak kepada Papagomo, kerana beliau kini berasulkan ahli politik pedendam dan bertuhankan RM.



 

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button