Kastam Kelantan gempur gudang simpan arak

Oleh – Syeikh Baran


Kastam Kelantan gempur gudang simpan arak
Wan Jamal Abdul Salam (kiri) memeriksa sebahagian minuman keras yang dirampas pada sidang akhbar Cawangan Penguatkuasa JKDM Rantau Panjang, Rantau Panjang hari ini.- Foto ROHANA ISMAIL

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya membongkar kegiatan syarikat perniagaan yang menyimpan 24,500 liter minuman keras bernilai lebih RM1.2 juta termasuk cukai tanpa lesen selepas menyerbu sebuah gudang di Kampung Batu 6, Shah Alam dekat Selangor kira-kira dua minggu lalu lalu.

Serbuan kira-kira pukul 8.30 malam pada 25 April lalu itu dilakukan oleh sepasukan anggota dengan kerjasama Pasukan Cobra JKDM.



Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, semasa serbuan dijalankan, anggota bertugas mendapati empat buah lori mengandungi minuman keras pelbagai jenama berada di dalam premis berkenaan.

Menurutnya, gudang berkenaan kosong semasa serbuan dilakukan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas empat buah lori itu kemudiannya menjumpai 24,500 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM1.2 juta termasuk cukai.

“Siasatan mendapati, minuman keras itu dibawa masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang tanpa prosedur pengimportan yang sah,”katanya pada sidang akhbar di Cawangan Penguatkuasa JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.



Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, syarikat itu dipercayai mengimport kesemua barangan tersebut tanpa lesen kerana mahu menjual minuman keras tersebut pada harga yang lebih murah.

Menurutnya, kesemua minuman keras itu dipercayai akan dijual untuk pasaran Lembah Klang terutamanya tempat-tempat hiburan.

“Ini merupakan rampasan minuman keras terbesar oleh JKDM Kelantan dalam tempoh empat tahun,” ujarnya.

Tambah Wan Jamal Abdul Salam, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 74(1)(c) Akta Eksais 1976.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button