Pemuda didakwa cabul remaja di hotel

Oleh – Syeikh Baran


Pemuda didakwa cabul remaja di hotel
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. – Foto oleh SYAFEEQ AHMAD / KOSMO!

Seorang pekerja kedai serbaneka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja bawah umur, minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Daniel Aiman Mohd. Izwan Azizy, 19, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.



Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan, yang juga kenalannya berusia 15 tahun ketika kejadian.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 11 malam di sebuah hotel dalam daerah Melaka Tengah pada 3 Mei 2024.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam Azlinie Othman yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pembantu kedai serbaneka dengan pendapatan RM1,500 sebulan, manakala bapanya tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap.



Azaraorni kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button