6 pemenang diraikan dalam program Supermarket Sweep BSN

6 pemenang diraikan dalam program Supermarket Sweep BSN

6 pemenang diraikan dalam program Supermarket Sweep BSN
6 pemenang diraikan dalam program Supermarket Sweep BSN

Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan enam pemenang terpilih pada program Supermarket Sweep di Aeon Mall Cheras Selatan, di sini, hari ini.

Setiap seorang diberi masa selama lima minit untuk mengambil apa sahaja barang mereka mahukan dengan had RM4,000.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, program ini bagi merapatkan hubungan bersama ahli kad.



“Kami berbesar hati kerana dapat memberi ganjaran kepada ahli kad kami dengan hadiah menarik.

“Komitmen kami kepada ahli kad melangkaui transaksi, ia bagi memupuk hubungan berkekalan dan meningkatkan kehidupan seharian mereka,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




Sementara itu, Pengurus Negara Visa Malaysia, Ng Kong Boon berkata, beliau berbesar hati atas kerjasama dalam program eksklusif bersama BSN dan pemegang kad Visa.

Salah seorang pemenang, Mohd Zulkhairi Mat Hassan, 44, berkata, dia teruja atas peluang dan rezeki yang diberikan.

“Ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan keperluan harian saya.

“Saya juga ingin sedekahkan beberapa barangan yang diambil kepada rakan dan keluarga.



Zulkhairi berjaya mengaut barangan keperluan berjumlah RM3,645 yang berupa beras dan makanan bertin.

Kempen ini sudah meraikan 4,200 pemenang 12 pemenang iPhone 15. Selain acara Supermarket Sweep sebagai hadiah kedua, kempen ini menawarkan ganjaran pulangan tunai dan telefon pintar.

6 pemenang diraikan dalam program Supermarket Sweep BSN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button