CIMB Securities teroka potensi pasaran ekuiti awam
CIMB Securities teroka potensi pasaran ekuiti awam
Kuala Lumpur: CIMB Securities Sdn Bhd (CIMB Securities), berada di landasan tepat untuk meneroka potensi pasaran ekuiti awam Malaysia yang berjumlah RM2 trilion.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Securities Sdn Bhd, Ruzi Rani Ajith berkata, pihaknya menyasarkan pertumbuhan satu digit tertinggi dalam bahagian pasaran itu menjelang akhir tahun ini.
Beliau berkata, ia akan terlaksana melalui pelan pelaburan lima tahunnya dalam teknologi dan infrastruktur.
“Kami komited dan sudah mula melabur dalam teknologi. Ia akan melebihi rancangan lima tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst
- Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
“Kami sudah memperuntukkan sejumlah besar untuk memastikan syarikat menyediakan pemerkasaan digital, bukan sahaja untuk kecekapan operasi tetapi juga untuk mendemokrasikan produk dan juga kebolehcapaian ke pasaran antarabangsa untuk pelanggan kami,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran CIMB Securities Sdn Bhd di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Mohd Nasir Ahmad; Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad.
Sementara itu, Amir Hamzah berkata, Malaysia masih mempunyai tempat yang menarik bagi meneroka pasaran modal dalam kalangan serantau.
Katanya, ini kerana dapat dilihat menerusi peningkatan keyakinan pelabur disokong fiskal yang teguh berikutan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Ini disokong oleh asas negara yang kukuh dan komitmen untuk melaksanakan agenda reformasi ekonomi Madani yang seterusnya memulihkan ekonomi Malaysia.
“Oleh itu, ia adalah masa yang sesuai untuk institusi dan pihak berkepentingan mengambil peranan menjadi pemangkin dalam menyokong pertumbuhan pasaran modal, seterusnya memacu ekonomi negara,” katanya.
CIMB Securities teroka potensi pasaran ekuiti awam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
- Halalun Toyiban Versi PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?