Liga Super: Sri Pahang buru tiga mata di Temerloh

Liga Super: Sri Pahang buru tiga mata di Temerloh

Barisan pemain Tok Gajah giat menjalani latihan menjelang aksi bertemu KDN FC malam ini. - Foto ihsan Sri Pahang
Barisan pemain Tok Gajah giat menjalani latihan menjelang aksi bertemu KDN FC malam ini. – Foto ihsan Sri Pahang

KUANTAN – Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad mahu memulakan saingan liga M.musim ni dengan langkah kanan berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), malam ini.

Peluang beraksi di gelanggang sendiri dengan sokongan padu penyokong tuan rumah sudah pasti menaikkan motivas untuk mengutip tiga mata.

Justeru, persediaan bagi mengatasi kelemahan ketara di jentera serangan sudah pasti menjadi fokus utama sesi latihan terakhir menjelang pertemuan dengan skuad Kelantan.



Menurut Fandi, ketumpulan jentera serangan dalam empat daripada lima perlawanan pramusim lalu diharap tidak akan berulang malam ini.

“Saya harap jentera serangan akan mempamerkan prestasi lebih baik dengan kerjasama pemain tengah dalam usaha Sri Pahang mencatat kemenangan ke atas KDN FC pada perlawanan pertama.

“Semua pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama diharap dapat memanfaatkan segala peluang yang ada.

“Dari segi persediaan, Sri Pahang sudah bersedia untuk menghadapi saingan Liga Super dan mengharapkan kemenangan pada aksi pembuka tirai,” katanya. – KOSMO! ONLINE



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button