Nespresso Vertuo Pop kini di Malaysia
Nespresso Vertuo Pop kini di Malaysia
Kuala Lumpur: Nespresso, melancarkan mesin terbarunya, Nespresso Vertuo Pop, mesin kopi Vertuo di pasaran Malaysia.
Mesin dengan reka bentuk terkini dan kompak itu dikeluarkan dalam enam pilihan warna, menampilkan pencapaian terkini teknologi Centrifusion yang canggih dan sistem pengecaman kapsul.
Pegawai Eksekutif Perniagaan Nespresso Malaysia, Floriane Novello berkata, Nespresso sentiasa memupuk pengalaman kopi yang terbaik.
“Vertuo Pop adalah inovasi terbaru kami yang mampu memberi kegembiraan kepada pengguna.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst
- Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
“Dengan sistem penyediaan kopi yang bijak, Nespresso Vertuo Pop direka bentuk untuk memastikan kopi yang dihasilkan luar biasa,” katanya dalam kenyataan.
Nespresso Vertuo Pop menawarkan kepelbagaian bukan hanya dalam warna tetapi juga saiz hidangan.
Daripada espresso yang pekat hingga long black yang berperisa buah-buahan, Vertuo Pop memenuhi pelbagai keutamaan.
Ia didatangkan dengan empat saiz hidangan, Espresso (40 mililiter), Double Espresso (80 ml), Gran Lungo (150 ml) dan Mug Size (230 ml), bersama-sama krim yang kaya dan khas buatan Nespresso.
Nespresso Vertuo Pop kini di Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
- Halalun Toyiban Versi PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?