EPL: Arteta sudah terbayang trofi EPL

EPL: Arteta sudah terbayang trofi EPL

EPL: Arteta sudah terbayang trofi EPL
ARSENAL tidak boleh tercicir mata menentang United sekiranya mahu terus menghidupkan impian mereka menjulang kejuaraan EPL musim ini. – FB ARSENAL

LONDON – Hanya beberapa jam sebelum pertemuan dengan Manchester United di Old Trafford, malam ini, Pengurus Arsenal, Mikel Arteta enggan terlalu meletakkan tekanan ke atas diri sendiri.

Pengurus dari Sepanyol itu tidak mahu memikirkan tentang kegagalan sebaliknya mengakui sedang mencari ‘mood’ positif dengan membayangkan para pemainnya sedang menjulang trofi Liga Perdana Inggeris.

“Otak saya sekarang sentiasa membayangkan pemain menjulang Liga Perdana Inggeris. Saya hanya ikut apa yang difikirkan dan berharap yang kami mampu merealisasikannya.



“Kami perlu anggap ia akan membuahkan hasil. Kami mencuba untuk jadi lebih baik daripada pasukan lawan. Hasilnya nanti adalah perkara berbeza kerana ia bukan lagi dalam kawalan kami.

“Fokus terhadap apa yang kami perlu lakukan adalah satu-satunya perkara kami boleh tentukan. Kami tahu kejutan boleh berlaku dalam pertandingan ini, kamu sendiri boleh lihat sejarah terdahulu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




The Gunners tidak boleh tercicir sebarang mata dalam dua aksi terakhir dan dalam masa sama mengharapkan pencabar terdekatnya, Manchester City gagal memenangi semula baki 3 perlawanan terakhirnya.

Arsenal begitu dahagakan kejayaan selepas kali terakhir mereka lakukannya adalah 20 tahun lalu ketika itu dibawah kendalian Arsene Wenger.

“Kami dalam perjalanan untuk cuba mengejar City dan jadi lebih lebih sekaligu situasi ini akan membolehkan kami jadi lebih baik.

“Sejarah City mereka memenangi banyak piala termasuk Liga Perdana Inggeris. Mereka mengharungi perjalanan yang hebat dalam tempoh 10 ke 15 tahun ini namun kami mahu ubah semua itu.



“Kini kami hanya perlu terus tingkatkan kualiti dan jadi pasukan lebih baik,” jelasnya. – AGENSI

 

EPL: Arteta sudah terbayang trofi EPL

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button