Hajat besar Zii Jia di Olimpik Paris

Hajat besar Zii Jia di Olimpik Paris

Hajat besar Zii Jia di Olimpik Paris
ZII JIA bakal membuat penampilan kedua di pentas Olimpik selepas membuat debut pada temasya di Tokyo sebelum ini. – AFP

PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia enggan dianggap sekadar pelengkap jadual menjelang temasya Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris, Perancis bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Sebaliknya, dia yang juga bekas pemenang kejohanan All England itu meletakkan sasaran untuk melakar sejarah dengan memenangi pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Zii Jia menyuarakan hasrat berkenaan sebaik sahaja Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai akhir pemain-pemain yang sudah melayakkan diri untuk beraksi di Olimpik nanti.



“Sasaran saya bukan sekadar untuk layak ke Sukan Olimpik, tetapi adalah memenangi pingat emas. Saya tahu saya ada potensi untuk menang, namun sedar saya masih bergelut dengan prestasi.

“Sebab utama saya tidak meraikannya (layak ke Olimpik) adalah seperti yang saya katakan, sasaran utama adalah untuk memenangi Olimpik, bukan hanya layak,” katanya menerusi rakaman suara yang dimuat naik menerusi laman X Team LZJ.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




Sebagai rekod, Olimpik Paris merupakan penampilan kedua Zii Jia di pentas tertinggi dunia itu selepas dia melakukan kemunculan sulung ketika beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tambah pemain No. 10 dunia itu lagi, mara ke Sukan Olimpik buat kali kedua merupakan pencapaian besar buat dirinya kerana menjadi perseorangan lelaki kedua selepas Datuk Lee Chong Wei yang beraksi di Olimpik lebih daripada sekali.

“Selepas Chong Wei, saya pemain yang berjaya bermain lebih daripada sekali. Saya beritahu kepada diri sendiri, ini adalah pencapaian yang besar. Walaupun belum menang pingat tetapi ini adalah sesuatu yang positif untuk meningkatkan tahap keyakinan,” ujarnya.

 



Hajat besar Zii Jia di Olimpik Paris

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button