Angka kematian pangsapuri runtuh di Afrika Selatan meningkat kepada 20 orang

Angka kematian pangsapuri runtuh di Afrika Selatan meningkat kepada 20 orang

Angka kematian pangsapuri runtuh di Afrika Selatan meningkat kepada 20 orang
LELAKI yang ditemukan selamat dibawa ke ambulans selepas 118 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan di George, Afrika Selatan. FOTO Reuters

Johannesburg: Angka kematian akibat runtuhan sebuah blok pangsapuri di Afrika Selatan, meningkat kepada 20 orang.

Dalam kejadian yang berlaku petang Isnin lalu, bangunan yang dalam pembinaan di bandar selatan George itu runtuh dengan 81 pekerja dilaporkan berada di lokasi.

Pihak berkuasa tempatan berkata, 32 mangsa lagi masih tidak dapat dikesan, biarpun hampir seminggu selepas struktur itu runtuh.”Sabtu lalu, seorang mangsa yang tidak dijangka muncul selepas 116 jam dari bawah runtuhan bangunan yang runtuh,” katanya.



Sementara itu, Menteri Polis Bheki Cele berkata, pihak berkuasa wilayah menyifatkan ia sebagai keajaiban kerana mereka bertungkus lumus tanpa mengira masa dalam usaha menyelamat.

“Persoalan untuk menyelamatkan… dan pemulihan masih bercampur aduk, orang ramai merasakan mereka masih perlu berjalan sangat perlahan terutama dengan apa yang berlaku semalam,” katanya kepada penyiar negeri SABC semasa lawatannya ke lokasi itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Halalun Toyiban Versi PAS




Ahli keluarga yang ditempatkan di dewan bandar raya berhampiran sejak Isnin lalu pula menzahirkan kekecewaan mereka kepada menteri polis mengenai kadar proses pengecaman.

Perdana Menteri Alan Winde dari wilayah Western Cape sebelum ini berkata, proses itu sukar.

Polis menggunakan cap jari, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan gambar.

Sebelum ini, pihak berkuasa enggan mengulas mengenai spekulasi sama ada kebanyakan pekerja adalah warga asing.



Bagaimanapun, kerajaan berkata, ia akan menghubungi rakan diplomatik Mozambique, Zimbabwe dan Malawi berhubung insiden itu dan mengeluarkan seruan untuk pengamal sokongan psikososial yang mahir dalam bahasa Chewa, Portugis dan Shona untuk membantu mangsa yang terselamat dan keluarga mereka.

Pelan pembinaan untuk blok apartmen 42 unit diluluskan pihak berkuasa perbandaran itu, Julai lalu.

Sehingga kini, punca runtuhan masih belum dikenal pasti.

Angka kematian pangsapuri runtuh di Afrika Selatan meningkat kepada 20 orang

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Antara punca kekalahan PN di KKB.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button