Banjir di Sumatera Barat; 37 maut, 17 hilang
Banjir di Sumatera Barat; 37 maut, 17 hilang
Jakarta: Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh, manakala 17 lagi hilang selepas banjir kilat dan aliran lava sejuk dari salah satu gunung berapi paling aktif di kepulauan barat Indonesia memusnahkan kediaman, jalan raya dan masjid.
Sabtu lalu, hujan lebat selama berjam-jam menyebabkan banjir di Agam dan Tanah Datar di wilayah Sumatera Barat, sehingga mengancam ribuan orang.
Hujan lebat itu menyebabkan abu dan batu besar menuruni Gunung Marapi.
Seorang penduduk, Rina Devina berkata, tiga jirannya terbunuh dalam bencana itu.
“Saya mendengar guruh dan bunyi yang sama macam air mendidih.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
“Rupanya itu bunyi batu besar yang jatuh.
“Keadaan masa itu gelap dengan jalan berlumpur sana sini, malah saya terpaksa menggunakan telefon bimbit sebagai lampu suluh untuk berpindah ke pejabat pegawai tempatan,” kata suri rumah itu kepada AFP.
Agensi Mencari dan Menyelamat (Basarnas) mengesahkan, banjir kilat dan aliran lava sejuk melanda kedua-dua daerah itu, kira-kira 10.30 malam, Sabtu lalu.
Lava sejuk juga dikenali sebagai lahar adalah bahan gunung berapi seperti abu, pasir dan kerikil, yang dibawa hujan menuruni lereng gunung berapi.
Jurucakap agensi mitigasi bencana negara (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan berkata, 84 rumah, 16 jambatan dan dua masjid di Tanah Datar serta 20 hektar sawah musnah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst
- Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
Kira-kira 370,000 orang tinggal di daerah itu, di mana beberapa masjid dan kolam awam turut rosak, dengan batu besar dan kayu balak bertaburan di atas tanah, menurut seorang wartawan AFP yang membuat tinjauan di tempat kejadian.
Di Lembah Anai, tempat pelancongan popular dengan air terjun di Tanah Datar, jalan yang menghubungkan bandar Padang dan Bukittinggi rosak teruk dan laluan untuk kereta juga terputus.
Imej udara di daerah itu menunjukkan, jalan raya yang dilitupi lumpur, dengan bumbung dan menara masjid yang menonjol keluar dari lautan lumpur berwarna coklat.
Ketua Agensi Bencana daerah itu, Budi Perwira Negara berkata, Agam yang mempunyai penduduk lebih 500,000 orang, puluhan rumah dan kemudahan awam rosak.
“90 orang dipindahkan ke sebuah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan,” katanya.
Kerajaan tempatan menubuhkan pusat pemindahan dan pos kecemasan di beberapa kawasan Agam dan Tanah Datar.
Banjir di Sumatera Barat; 37 maut, 17 hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM Perikatan Nasional -Tuan Ibrahim kata belum putuskan, Azmin kata sudah.
- Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?