Gunung Ibu kembali meletus

Gunung Ibu kembali meletus

Gunung Ibu kembali meletus
ASAP tebal susulan letusan Gunung Ibu. FOTO AFP

Jakarta: Gunung berapi di timur Indonesia, Gunung Ibu, meletus hari ini dan menerbangkan asap tebal dan abu lebih lima kilometer (km) ke langit.

Bencana itu berlaku selepas pihak berkuasa menaikkan paras amarannya kepada tahap kedua tertinggi, minggu lalu.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan, namun foto dan video menunjukkan abu menjulang ke langit di pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara.



Ketua Agensi Geologi Muhammad Wafid berkata, kepulan abu berterbangan lebih lima km di atas puncak gunung berapi itu, yang salah satu letusan terbesar dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kepulan abu kelabu hitam itu diperhatikan dengan intensiti tebal ke arah barat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Halalun Toyiban Versi PAS




“Penduduk berhampiran perlu memakai pelitup muka dan cermin mata ketika keluar rumah bagi melindungi daripada abu gunung berapi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, gunung berapi itu meletus pada skala yang lebih kecil, memuntahkan lava dan menerbangkan abu beberapa kilometer ke langit.

Tahap amaran kekal pada tahap kedua tertinggi dalam sistem empat peringkat pada Isnin selepas pihak berkuasa menaikkannya minggu lalu, dengan zon pengecualian antara tiga dan lima kilometer di sekitar kawah gunung berapi itu.

Gunung Ibu adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia dan meletus lebih daripada 21,000 kali pada tahun lalu.



Pegawai Agensi Geologi, Sofyan Primulyana berkata, Gunung Ibu mencatatkan purata 58 letusan sehari pada 2023.

Bulan lalu, Gunung Ruang di wilayah Sulawesi Utara meletus beberapa kali, memaksa ribuan penduduk pulau berdekatan berpindah dan ia kekal pada tahap berjaga-jaga tertinggi.

Kira-kira 800 atau lebih penduduk Pulau Ruang akan dipindahkan secara kekal di kawasan baharu.

Gunung Ibu kembali meletus

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Antara punca kekalahan PN di KKB.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button