Ketua dikritik hebat kerana kenyataan pekerja kena pastikan dapat dihubungi 24 jam
Ketua dikritik hebat kerana kenyataan pekerja kena pastikan dapat dihubungi 24 jam
Beijing: Ketua perhubungan awam untuk syarikat enjin carian terbesar China, Baidu, memohon maaf selepas pendiriannya yang ‘mengagungkan’ budaya kerja tanpa henti, mencetuskan bantahan orang ramai.
Permohonan maaf itu dilakukan Qu Jing Rabu lalu selepas dia diturunkan pangkat dan dikritik hebat.
Qu berkata, videonya tidak mewakili pendirian Baidu dan dia tidak meminta persetujuan syarikat sebelum menyiarkannya.
“Saya memohon maaf kerana video yang tidak sesuai menyebabkan salah faham orang ramai terhadap nilai dan budaya korporat syarikat saya.
“Saya akan belajar daripada kesilapan dan memperbaiki cara saya berkomunikasi serta lebih mengambil berat terhadap rakan sekerja saya,” tulisnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
Sebelum ini, dalam satu siri video yang disiarkan di Douyin, Qu, berkata, dia tidak bertanggungjawab mengenai kesejahteraan pekerja kerana dia “bukan ibu mereka”.
Dia juga mengugut mengambil tindakan terhadap orang bawahan yang mengadu terhadap cara pengurusannya.
“Saya boleh menjadikannya mustahil untuk anda mencari pekerjaan dalam industri ini dengan hanya esei pendek,” katanya.
Dalam video lain, dia berkata, jika seseorang bekerja dalam perhubungan awam, jangan mengharapkan cuti pada hujung minggu.
“Pastikan telefon anda (tersedia) 24 jam sehari, sentiasa bersedia untuk memberikan tindak balas,” katanya.
Qu juga pernah mendakwa, terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga dia tidak tahu anak lelakinya itu berada dalam gred mana.
Bagaimanapun, Baidu belum memberikan kenyataan mengenai perkara itu.
Kekecohan ditimbulkan Qu menyerlahkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan yang amat lemah di tempat kerja dalam industri teknologi China.
Ketua dikritik hebat kerana kenyataan pekerja kena pastikan dapat dihubungi 24 jam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PM Perikatan Nasional -Tuan Ibrahim kata belum putuskan, Azmin kata sudah.
- Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?