Liga Super: KL City, Kuching City sama ‘liat’
Liga Super: KL City, Kuching City sama ‘liat’
KUALA LUMPUR – Skuad Kuala Lumpur (KL) City gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat seri 1-1 bertemu Kuching City dalam saingan Liga Super di Stadium KL, Cheras sebentar tadi.
Pada perlawanan tersebut, skuad The City Boys tidak mempunyai masalah untuk mendahului saingan hasil jaringan yang dilakukan oleh kapten, Paulo Josue pada minit ke-12.
Tuan rumah yang dibimbing oleh Miroslav Kuljanac ditimpa malang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Adrijan Rudovic dilayangkan kad merah pada minit ke-38.
Rudovic pada awalnya diberikan kad kuning susulan terjahan bahaya dilakukan ke atas Jordan Mintah, namun pengadil, S. Logeswaran kemudian mengubah keputusan kepada kad merah selepas meneliti video bantuan pengadil (VAR).
Situasi tersebut menyaksikan KL City terpaksa beraksi secara bertahan pada baki perlawanan manakala Kuching City gagal memanfaatkan rentetan peluang terhidang dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.
Sementara itu, di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah FC turut gagal meraih kemenangan di laman sendiri selepas seri tanpa jaringan bertemu Penang FC petang tadi.
The Rhinos yang mendominasi sebahagian besar perlawanan dinafikan kecemerlangan penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman yang kebal mengawal gawang pasukan pelawat. – KOSMO! ONLINE
Liga Super: KL City, Kuching City sama ‘liat’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
- Halalun Toyiban Versi PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?