Liga Super: Sri Pahang puas mula ‘langkah kanan’
Liga Super: Sri Pahang puas mula ‘langkah kanan’
KUANTAN – Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad puas hati dengan tahap disiplin anak buahnya selepas menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.
Bekas legenda bola sepak Singapura itu gembira usaha pemain Sri Pahang terutama babak kedua walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki.
Kata Fandi, pasukan masih mengambil waktu agak lama sebelum dapat menguasai perlawanan terutama dalam tempoh 15 minit pertama.
“Saya pesan kepada pemain agar sentiasa berfikiran positif dan jangan ambil waktu, jangan tunggu, sebaliknya mula perlawanan mereka perlu terus main,” katanya.
Fandi tidak menolak kemungkinan kurang perlawanan pra musim bertemu pasukan lebih kuat faktor mereka beraksi di bawah tahap sebenar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Pilihan MCA: Be The Worst Among The Best Atau The Best Among The Worst
- Antara Titah Adendum Dengan Hutang Calon PN Di PRK KKB
Bagaimanapun, Fandi bersyukur kerana Sri Pahang memenangi perlawanan pertama Liga Super sebagai penyuntik semangat untuk beraksi dengan lebih baik pada perlawanan akan datang.
“Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan apa yang penting ialah memastikan tiga mata menjadi milik Sri Pahang.
“Namun, keseluruhannya pemain perlu bekerja keras kerana pada babak pertama perlawanan mereka mengambil tempoh waktu yang lama sebelum bangkit dan menjaringkan gol pada babak kedua.
“Saya harap perlawanan akan datang pemain akan beraksi dengan lebih baik dan pada masa sama memastikan tahap kecergasan akan dipertingkatkan lagi,” katanya.
Pada perlawanan itu, jaringan tunggal pemain tengah Tok Gajah, Manuel Hidalgo pada minit ke-63 memastikan Sri Pahang meraih kemenangan, sekaligus mengutip tiga mata di halaman sendiri. – KOSMO! ONLINE
Liga Super: Sri Pahang puas mula ‘langkah kanan’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan
- Kenapa Muhyiddin “kluster mahkamah” mudah dapat passport?
- Halalun Toyiban Versi PAS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?