Suami belasah isteri, 2 kekasih gelap di bilik hotel
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki di negeri Uttar Pradesh membelasah isterinya bersama dua lelaki lain selepas ‘menangkap’ mereka di dalam sebuah bilik hotel, lapor laman berita NDTV semalam.
Lelaki bekerja sebagai doktor itu menyerbu bilik hotel tersebut bersama ahli keluarganya yang turut memukul kesemua mangsa.
Polis yang kemudian tiba di lokasi kejadian bertindak menahan si isteri serta dua kekasih gelapnya atas dakwaan mengganggu keamanan rumah tangga.
Dalam masa sama, si suami membuat laporan terhadap isterinya dan mendakwa bahawa wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan dua lelaki tersebut.
Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati rumah tangga pasangan suami isteri itu berdepan masalah sejak dua tahun lalu dan mereka kini tinggal berasingan.
Si isteri yang bekerja di sebuah hospital kerajaan tidak membuat sebarang laporan terhadap suaminya, namun polis berkata, siasatan masih dijalankan. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE