Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?

Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional

Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?

 

Timbalan Perdana Menteri II, Fadillah Yusof, mendedahkan isu 3R adalah antara intipati MoU antara kerajaan dan pembangkang.

Menurut Fadilah ia adalah untuk mengelakkan perpecahan di kalangan rakyat supaya kerajaan dan pembangkang dapat menumpukan perhatian kepada kestabilan negara.



“Perincian draf berkenaan sedang dimuktamadkan dan akan diserahkan kepada majlis kerja tertinggi semua parti politik kerajaan serta pembangkang untuk diluluskan.”

“Kami masih memperincikan (draf) tetapi gambaran (MoU) sudah saya berikan apa kandungannya.”

“Pertama, untuk fokus supaya semua ahli parlimen melihat bagaimana untuk membangunkan dan memulihkan ekonomi negara.”

“Kedua, untuk memastikan kestabilan supaya kita dapat menarik seramai mungkin pelancong dan mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan perpecahan, 3R dan sebagainya,” jelas beliau.



Sebelum ini, Fadillah berkata Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk memberi pertimbangan kepada usaha menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Satu draf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pembangkang sebagai langkah perundingan lanjut.

Fadillah juga berkata draf tersebut masih dirangka dan akan diserahkan kepada pembangkang dalam masa terdekat.

Antara inti pati draf tersebut ialah memberi tumpuan kepada persefahaman menggerakkan pembangunan negara, fokus kepada ekonomi dan kebajikan rakyat.



Persoalan yang timbul sekarang, adakah pembangkang terutamanya Perikatan Nasional dengan inti pati draf MoU tersebut, terutamanya berkaitan isu 3R.

Perikatan Nasional, terutamanya PAS dan PPBM, sememangnya dikenali sebagai parti yang kerap menunggang isu 3R untuk mendapatkan populariti politik.

Ianya jelas dalam pengisian kempen mereka ketika pilihanraya 6 negeri dan juga pilihanraya kecil DUN Kuala Kubu Baharu.

Kerana ketandusan isu, maka 3R menjadi pilihan utama setiap kali mereka muncul di pentas politik.



Tetapi dengan pendedahan Fadilah, apakah pilihan yang akan dibuat oleh Perikatan Nasional?

Jangan lupa, rakyat akan menjadi hakim yang cukup adil.

 

Elak Isu 3R Antara Inti Pati MoU, Bersetujukah Perikatan Nasional?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button