Kes bunuh peniaga Taman Kapar ada kaitan kongsi gelap

Oleh – Syeikh Baran


Kes bunuh peniaga Taman Kapar ada kaitan kongsi gelap
Hussein (tengah) pada sidang akhbar selepas townhall di Selangor hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Kes pembunuhan melibatkan seorang peniaga yang dibunuh ala mafia di Taman Jaya, Kapar dekat sini bulan lalu mempunyai kaitan dengan kongsi gelap.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini dua individu telah ditangkap dengan seorang daripadanya telah didakwa dibawah Akta Pertubuhan.



“Insiden itu, saya boleh katakan melibatkan aktiviti kongsi gelap. Kita sedang mengesan dua lagi suspek yang telah dikenalpasti bagi membantu kes tersebut.

“Pengesanan dua suspek itu akan dilakukan sama ada dia masih dalam negeri atau luar negara,” katanya ringkas pada sidang akhbar selepas Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di sini hari ini.

Kosmo! pada 27 April lalu melaporkan angkara dendam, seorang peniaga dibunuh ala mafia oleh empat lelaki yang memasuki rumah mangsa dan kemudian menetak lelaki itu berkali-kali menggunakan parang dalam kejadian di Taman Jaya, Kapar di sini.

Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), empat lelaki yang turut membawa ‘taser gun’ dilihat memasuki rumah mangsa
berusia 38 tahun, manakala seorang lagi suspek menunggu di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di hadapan rumah.



Kesemua suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta selepas membunuh mangsa sebelum mayatnya ditemui dengan lebih tiga kesan tetakan pada anggota badan dalam keadaan tertiarap di depan bilik tidur.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button