Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa edar dadah RM4.3 juta

Oleh – Syeikh Baran


Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa edar dadah RM4.3 juta
Seorang nenek dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah bersama tiga lelaki termasuk adiknya di Mahkamah Majestret, Pontian, Johor hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar dadah pada awal bulan ini.

Tertuduh, Chan Ah Moi, 75, Chan Chui Lai, 59, Tan Shee Seing, 50, dan Lim Huang Kin, 40, hanya mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.



Mereka secara bersama didakwa mengedar dadah Methylenedioxymethamphetamine M-D-M-A seberat 23,572.74 gram (g) dan 532.59g serta 362.02g kanabis.

Chui Lai turut berdepan satu lagi pertuduhan mengedar dadah M-M-D-A seberat 1638.8g.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan jika tidak dihukuman mati.

Di mahkamah sama, kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki 236.6g ketamin. Chui Lai juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki Nimetazepam seberat 275g.



Kesemua tertuduh didakwa mengedar dan memiliki dadah itu di sebuah rumah di Kukup Laut, Pontian pada pukul 1.30 pagi, 4 Mei lalu.  Tiada jaminan diberikan kerana kes tersebut tidak boleh diikat jamin.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button