Tular ‘Elmo’ tumbuk muka lelaki di kaki lima

Oleh – Syeikh Baran


Tular ‘Elmo’ tumbuk muka lelaki di kaki lima
TANGKAP layar klip video tular memaparkan ‘Elmo’ menumbuk seorang lelaki di kaki lima sebuah pusat beli-belah di Melaka.

Satu klip video tular di media sosial sejak semalam memaparkan seorang individu yang mengenakan kostum ‘Elmo’ memukul lelaki sehingga cedera di kaki lima sebuah pusat beli-belah di sini.

Dalam video berdurasi 34 saat itu, individu itu dilihat menumbuk muka lelaki berkenaan sehingga berdarah sebelum ditegur oleh orang awam.



Dia mendakwa perbuatannya itu disebabkan oleh tindakan mangsa yang terlebih dahulu menumbuknya pada bahagian perut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.

“Kita akan semak dahulu sama ada video tersebut adalah klip lama atau baru. Jika ia baru berlaku, kita akan buat laporan supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button