Empat lelaki cuba culik wanita 47 tahun ditahan polis

Oleh – Syeikh Baran


Empat lelaki cuba culik wanita 47 tahun ditahan polis
Gambar Hiasan

Empat suspek yang terlibat dalam cubaan menculik seorang wanita berusia 47 tahun ditahan menerusi tiga serbuan berasingan di Johor Bahru, dan Kulim, Kedah, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, kesemua lelaki berusia antara 21 hingga 40 tahun itu telah mengaku mengatur dan merancang melakukan cubaan samun ke atas mangsa.



“Hasil semakan mendapati semua suspek mempunyai jenayah lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Manakala ujian saringan air menunjukkan semua suspek positif methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Tambahnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah kereta Honda Civic beserta alat kawalan jauh, empat telefon bimbit dan sebuah tablet.

“Kesemua suspek kini direman tujuh hari sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365/511 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Pada 7 Mei lalu, Seng Lee dalam satu kenyataan akhbar mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat suami kepada mangsa wanita warga tempatan berusia 47 tahun itu.



Pengadu memaklumkan terdengar jeritan isterinya di depan rumah di Taman Lagenda, Kulai sebelum mendapati
wanita itu telah mengalami luka di bahagian bibir, tangan dan kaki.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button