Khairulnizam bakal ‘belayar’ ke Eropah

Khairulnizam bakal ‘belayar’ ke Eropah

Khairulnizam bakal ‘belayar’ ke Eropah
KHAIRULNIZAM akan menjalani latihan intensif di Marseille sebagai persediaan ke Olimpik Paris. – FB KHAIRULNIZAM MOHD. AFENDY

JAGUH pelayaran negara, Khairulnizam Mohd. Afendy akan berangkat ke Marseille, Perancis pada 1 Jun ini bagi menjalani latihan terakhir sebelum menggalas misi penting menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Atlet berusia 31 tahun itu menjelaskan, dia akan menjalani latihan di Marseille Marina yang merupakan venue rasmi Olimpik Paris dari 1 hingga 19 Jun ini bagi menyesuaikan diri dengan keadaan di sana.

Marseille akan menjadi persinggahan pertama Khairulnizam sepanjang berada di Eropah sebelum dia ke Kiel, Jerman untuk pusingan kedua saingan Piala Dunia yang akan menjadi kejohanan terakhir sebelum Olimpik.



“MSN (Majlis Sukan Negara) sudah luluskan permohonan ke Eropah, jadi saya akan menjalani latihan di venue Olimpik iaitu Marseille bermula 1 hingga 19 Jun nanti. Berhubung kejohanan di Marseille, ia tidak diteruskan kerana ada isu teknikal.

“Selepas itu, saya akan ke Kiel untuk saingan Piala Dunia yang berlangsung pada 20 hingga 26 Jun. Sepanjang di sana, saya akan cuba dapatkan rentak terbaik sebelum Olimpik bermula,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir meroyan, orang Melayu tidak mahu undi Parti Proksinya di KKB.




Pemenang dua pingat perak Sukan Asia itu melayakkan diri ke Olimpik secara merit selepas menghuni tempat ketiga dalam kelas Single-Handed Dinghy ILCA 7 pada saingan Last Chance Regatta di Perancis bulan lepas.

“Pelayar-pelayar yang sudah layak ke Olimpik akan ada di sana nanti kerana ia adalah Piala Dunia selain kejohanan terakhir sebelum Olimpik. Memang itu medan terbaik untuk tengok setakat mana kemampuan kita,” ujarnya.

Katanya lagi, dia juga akan menyertai satu kejohanan jemputan yang berlangsung di Pakistan bermula 15 hingga 18 Mei ini sebagai salah satu langkah mengekalkan momentum sedia ada.

Khairulnizam bakal ‘belayar’ ke Eropah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Kuasa Ketiga Yang Menghalang Anwar Dari Memberikan Keadilan Kepada DS Najib?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button