‘Mat salih’ puji duit kertas Malaysia

Oleh – Syeikh Baran


‘Mat salih’ puji duit kertas Malaysia
Tangkap layar video yang dikongsi di laman sosial menyaksikan dua pelancong asing memuji duit kertas Malaysia.

Dua pelancong dari Eropah yang juga pempengaruh media sosial memuji duit kertas Malaysia ketika mereka datang melawat negara ini April lalu.

Melalui satu klip video yang kini tular di media sosial, mereka berdua masing-masing memuji duit kertas Malaysia yang terdiri daripada duit bernilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.



Salah seorang daripada pemilik laman Traveling Solo Logs itu menjelaskan, duit kertas Malaysia mempunyai pelbagai saiz serta warna yang memudahkan orang ramai terutamanya pelancong asing untuk membezakan jenis dan nilai duit terbabit.

“Tengok kepada saiznya, setiap nilai duit ini mempunyai saiz yang berbeza dan warana juga berbeza, ini sangat menarik.

“Setiap duit juga mempunyai paparan gambar ‘benda’ yang berkaitan dengan Malaysia di belakangnya. Malah duit RM1 dan RM5 juga kalis air.

“Jika di Amerika Syarikat (AS), semua duit kertas hanya berwarna hijau cuma beza hanya pada nilai dan saiznya. Warna duit Malaysia juga menarik dan pelbagai,” kata pempengaruh itu.



Rata-rata orang ramai turut memuji dua pelancong itu kerana berbeza dengan pempengaruh media sosial asing yang lain disebabkan ‘review’ mereka terhadap duit kertas negara yang jarang dijadikan pilihan.

“Menarik juga dua pelancong ni, mereka ambil dari sudut duit kertas kita. Tak ada lagi pempengaruh luar yang ‘review’ berkenaan duit kertas kita sebelum ini. Bangga pula rasanya,” jelas Namburing_Ajis86.

“Bukan sahaja menarik, tetapi duit Malaysia hanya ada nilai yang terpilih, paling kecil RM1 dan RM100 paling besar. Jadi pelancong luar senang untuk membezakan semua nilai duit itu,” kata Sabree Musa.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button