Antara Kerusi, Meja & JAIM, Siapa Yang Bermasalah

Antara Kerusi, Meja & JAIM, Siapa Yang Bermasalah

Antara Kerusi, Meja & JAIM, Siapa Yang Bermasalah

 

Akhirnya masalah 34 pelajar Sekolah Rendah Agama Ayer Merbau yang selama ini terpaksa duduk di atas lantai kelas selesai.

Tahniah diucapkan kepada Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Dr Akmal Saleh kerana dapat menyelesaikannya dalam masa 24 jam.



“Alhamdulillah, meja dan kerusi anak-anak selesai dalam tempoh 24 jam.”

“Tidak perlu tunggu hingga lapan bulan melayan birokrasi yang melampau.”

“Moga anak-anak kita ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa.”

“Tidak boleh saya terima apabila anak-anak kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja dan kerusi.”



“Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya.”

“Kita beri dua beri set tambahan kerusi, meja ini.”

“Belajar rajin-rajin sayang,” jelas Dr Akmal.

Pada pendangan penulis, ada dua keadaan yang berlaku dalam isu kerusi dan meja Sekolah Rendah Agama Ayer Merbau, Melaka.



Di pihak JAIM, selepas perolehan dikeluarkan lebih dari 5 bulan, masalah tersebut masih lagi tidak dapat diselesaikan.

Malah menurut pegawai JAIM yang berbincang dengan Dr Akmal semasa lawatan mengejut dilakukan, JAIM memerlukan tambahan masa 3 bulan lagi.

Selepas berita ini tular di seluruh negara, barulah JAIM memberikan komitmen untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Manakala di pihak Dr Akmal pula, dengan inisiatif beliau sendiri, masalah tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam sahaja.



Persoalannya, mengapa JAIM mengambil masa yang begitu lama hanya untuk menyelesaikan masalah ketiadaan kerusi dan meja.

Tidak ada masalah dana kerana perolehan telah dikeluarkan dan bekalan peralatan tersebut boleh diperolehi dengan mudah.

Ke mana perginya dana yang telah diberikan?

Isu ini tidak boleh dianggap sudah selesai sepenuhnya.



Siasatan terperinci mesti dilakukan untuk mengenal pasti kelemahan atau mungkin ketirisan yang ada supaya ianya boleh diperbaiki.

Ingat, setiap sen perolehan yang dikeluarkan datangnya dari rakyat dan mesti dikembalikan kepada rakyat.

Jangan sekali-kali disalahgunakan atau diselewengkan.

 



Antara Kerusi, Meja & JAIM, Siapa Yang Bermasalah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button