Ekonomi Malaysia berada di landasan capai pertumbuhan hingga 5 peratus

Ekonomi Malaysia berada di landasan capai pertumbuhan hingga 5 peratus

Ekonomi Malaysia berada di landasan capai pertumbuhan hingga 5 peratus
Shaik Abdul Rasheed Ghaffour

Kuala Lumpur: Ekonomi Malaysia berada dalam landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini selepas merekodkan momentum kukuh pada suku pertama 2024.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata prestasi pertumbuhan ekonomi pada suku pertama adalah memberangsangkan dan BNM kekal dengan unjuran pertumbuhan antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.

Namun, beliau berkata, pertumbuhan bagi keseluruhan tahun ini itu masih tertakluk kepada risiko yang dicetuskan faktor luaran dan domestik.



“Akan menyokong sasaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun ini adalah limpahan yang lebih besar daripada kitaran teknologi, aktiviti pelancongan yang lebih mantap serta pelaksanaan projek pelaburan baharu dan sedia ada yang lebih pantas.

“Sementara risiko penurunan pula adalah permintaan luar yang lebih lemah daripada jangkaan, peningkatan konflik geopolitik serta kemerosotan yang lebih besar dalam pengeluaran komoditi,” katanya bagi mengulas mengenai prospek keseluruhan ekonomi negara bagi 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik




Beliau berkata demikian pada sidang media prestasi ekonomi Malaysia suku pertama 2024 di sini, hari ini. Hadir sama, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata, pertumbuhan ekonomi pada 2024 akan didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan tambahan daripada pemulihan permintaan luaran.

Beliau berkata, di dalam negeri, pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan akan menyokong perbelanjaan isi rumah selain jangkaan ketibaan dan perbelanjaan pelancong yang terus bertambah baik.

Aktiviti pelaburan juga katanya, akan didorong oleh kemajuan dalam projek infrastruktur berbilang tahun merentas sektor swasta dan sektor awam, di samping pelaksanaan inisiatif pemangkin yang diumumkan dalam pelan induk nasional, serta lebih banyak pelaburan yang diluluskan kini direalisasikan.



Katanya, prospek pertumbuhan akan terus cenderung ke arah pertumbuhan menjadi perlahan yang berpunca daripada permintaan luaran yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang kian meruncing dan pengeluaran komoditi dalam negeri yang berkurang dengan lebih banyak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS mungkin keluar PN untuk bersama PH.


“Terdapat risiko pertumbuhan lebih tinggi yang berpunca daripada limpahan peningkatan yang lebih besar kitaran teknologi, aktiviti pelancongan yang lebih memberangsangkan dan pelaksanaan projek pelaburan sedia ada dan baharu yang lebih cepat,” katanya.



Mengenai prospek inflasi pada 2024 pula, Abdul Rasheed berkata, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus.

Beliau berkata, ia secara dasarnya mencerminkan permintaan yang semakin stabil dan tekanan kos yang terkawal, bersama-sama dengan kemungkinan inflasi meningkat yang berpunca daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.

“Prospek sepanjang tahun 2024 bergantung pada pelaksanaan dasar dalam negeri berhubung dengan subsidi dan kawalan harga serta perkembangan harga komoditi global dan pasaran kewangan,” katanya.

Ekonomi Malaysia berada di landasan capai pertumbuhan hingga 5 peratus

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button