Gelagat Che Ta Make-Up Kan Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
“Hang Lambat, Biar Mummy Yang Buat”
Gelagat Che Ta Make-Up Kan Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Pengganti Che Ta Ni, Kecik-Kecik Dah Lawa Aihh”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta, tanda suka sebanyak 55 ribu dan sebanyak 365 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang membebel kerana Aaisyah bersiap lambat termasuk untuk ‘Make-Up’.
“Aaisyah berejam-jam mummy tunggu hang tak siap-saip lagi Aaisyah oii”-Kata Che Ta
“Sabar la Mummy”-Jawab Aaisyah
“Kalau macam tu biar Mummy yang makeupkan Aaisyah”-Tambah Che Ta
@rozitachewan1 La ni kalau kami beli utk kami , memang dia akan sesah mummy punya .. nasib baik kami dh beli siap2 sebeban utk dia 🤣🤣🤣🤣 Tak payah gaduh nk beqebut lagi dgn mummy .. . #skintific #skintificmy #cheta #rcw #rozitachewan #aaisyahdhiarana
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka khuatir dengan kulit muka Aaisyah kerana terlalu muda untuk bermakeup dengan tebal.
Apa-apa pun, semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah dan taat kepada ibu bapanya. Semoga kita semua juga diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Gelagat Che Ta Make-Up Kan Aaisyah Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Kerusi, Meja & JAIM, Siapa Yang Bermasalah
- DAP bertambah kukuh dan kuat kerana Mahathir
- Balai Polis Ulu Tiram Di Serang, 2 Anggota Terkorban
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?