Gelombang Hijau terbantut ,dijangka malap tidak sampai PRU16.
Oleh Adam Malik
Gelombang Hijau terbantut ,dijangka malap tidak sampai PRU16
Panas tidak sampai kepetang, hujan turun ditengahari.
Apa sudah jadi kepada Parti PAS?
Beberapa penulis dan pemerhati politik berkata tidak nampak sebarang kemajuan atau “progress” pada sokongan Terhadap PAS sejak PRN Empat negeri yang lalu.
Ia lebih diterjemahkan dan lebih jelas pada keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baru yang lalu.
Menurut laporan dan statistik yang dapat dibaca, pengundi Melayu Islam telah meningkat peratusan mengundi Pakatan Harapan.
Dari sini sudah nampak PAS tidak lagi menarik bagi mereka.
Ada yang menulis gelombang hijau yang begitu semarak ketika
PRN lalu sudah terpadam sikit demi sedikit.
Diandaikan beberpa faktor sebagai penyebab nya.
Antara faktor paling teratas adalah PAS tidak pernah mengupas isu berkaitan kesusahan rakyat seperti pengangguran, ekonomi negeri yang PAS perintah dan soal ” Bread and Butter”.
PAS dilihat hanya mahu kuasa tetapi setelah dapat kuasa PAS tidak membuat apa apa untuk rakyat selain terus bercerita tentang langit dan akhirat.
Faktor lain ada lah PAS berada dibawah telunjuk pemimpin lain didalam Parikatan Nasional dan bukan PAS yang menentukan
Walaupun PAS yang menyumbang kerusi paling banyak.
Kembali kepada isu diatas, terlihat sangat ketara peratusan Melayu menolak PN di KKB.
Itu baru jumlah 55% yang membuang undi , mungkin lagi teruk jika 75% yang keluar mengundi.
Mungkin juga Melayu semi-urban tidak termakan umpanan teori PAS seperti Melayu pendalaman di pantai timur.
Apa yang menarik untuk dilihat adalah orang Melayu sudah menolak PAS sebelum pun PRU16.
“Gelombang Hijau” yang dikata kan akan merebak di PRU16 rupa nya terbantut lebih awal lagi.
Mungkin kerana tidak di iringi bukti PAS mampu mentadbir seperti terlihat pada negeri SG4 yang PAS tidak mampu urus serah kepada Mahathir