Liga Super: Gol lewat permainan julang Selangor FC

Liga Super: Gol lewat permainan julang Selangor FC

Liga Super: Gol lewat permainan julang Selangor FC
PENYERANG Selangor FC, Ronnie Fernandez (kiri) yang dikawal ketat pertahanan lawan turut melepaskan beberapa peluang terbaik. – SHIDDIEQIIN ZON

PETALING JAYA – Pemain gantian, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau muncul wira Selangor FC apabila meledak gol tunggal perlawanan untuk tewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Pada perlawanan ini, penyokong kedua-dua pasukan menzahirkan solidariti kepada Faisal Halim yang kini masih lagi dirawat ekoran disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Liga Super: Gol lewat permainan julang Selangor FC
PENYOKONG kedua-dua pasukan turut menzahirkan solidariti kepada Faisal Halim yang kini masih lagi dirawat ekoran disimbah asid oleh individu tidak dikenali. – SHIDDIEQIIN ZON
Sebagai simbolik nombor jersi yang dipakai Faisal, sebaik aksi memasuki minit ke-7, penyokong Red Giants dan KDA FC berdiri sambil menepuk tangan.

Walaupun pelawat dilihat lebih merbahaya dalam setiap gerakan, aspek penguasaan menyaksikan kedua-dua pasukan agak seimbang dan permainan berlangsung perlahan.



Bagaimanapun, Sharul Nazeem Zulpakar yang diletakkan di posisi pertahanan kanan dilihat menjadi pemain paling sibuk untuk mengekang kelincahan dan kepantasan bintang KDA FC, Sony Norde.

 

Disebalik beberapa gerakan menarik yang dicipta, tuan rumah dipalit masalah kekurangan idea apabila mempersiakan deretan peluang terbaik sekaligus kekal terikat tanpa jaringan sepanjang satu jam permainan.

Minit ke-70, Syafiq Ahmad mencetuskan cemas kepada kem Selangor FC sebaliknya bola sentuhannya sekadar melintasi depan gawang tuan rumah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Jadikan UiTM Sebagai Modal Politik




Selang empat minit selepas itu, giliran Red Giants kecewa apabila Noor Al-Rawabdeh yang tidak dikawal melakukan rembatan meliar ke arah kiri gawang KDA FC.

Kemasukan kapten Jordan Bawah 23 Tahun (B-23), Reziq Banihani berjaya menambahkan kualiti serangan Selangor FC dan minit ke-85, Aliff Haiqal muncul penyelamat tuan rumah apabila meledak gol kemenangan. – KOSMO! ONLINE

 



Liga Super: Gol lewat permainan julang Selangor FC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS Mula Anggap PPBM Sebagai Liabiliti Dalam Perikatan Nasional?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button