Patimah Ismail Nafi Buang Anak Demi Menantu [VIDEO]
Rasa Berhutang ‘Janji’ Dengan Puteri Sarah
Patimah Ismail Nafi Buang Anak Demi Menantu [VIDEO]
Isteri kepada penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail digelar sebagai ibu mentua idaman.
Ini kerana Datin Patimah sentiasa ada bersama Puteri Sarah ketika rumah tangga pelakon itu bersama anaknya, Syamsul Yusof dilanda badai.
Ketika diminta pendapat mengenai hal itu, Datin Patimah berkata, dia bersimpati dengan nasib Puteri Sarah dengan anak-anak.
Sebagai ibu mentua, dia berasa seperti berhutang perjanjian dengan Puteri Sarah kerana pernah meminta menantunya sabar menanti kepulangan suami.
@melodiberapi Ramai yang jadikan Datin Patimah Mentua pilihan.. nah dengarkan jawapan beliau.. apa pun kami di Melodi ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 41 tahun buat Datuk Yusof Haslam & isteri Datin Patimah! #meloditv3 #fypシ゚viral🖤tiktok #ceritaartismalaysia #fypシ #syamsul #puterisarah #yusofhaslam #datinpatimah #fyp
Jelas Datin lagi, meskipun darah daging sendiri yang buat salah dia kena mengakui perkara itu. Dia bukanlah ibu mentua terbaik seperti orang ramai fikirkan, tetapi dia bersimpati dengan apa yang Puteri Sarah lalui sepanjang perkahwinan.
Tak tahu lah, saya rasa terhutang perjanjian dengan menantu saya sebab saya bagitahu dia, “Puteri Sarah sabar, Syamsul akan balik”. Tapi akhirnya macam tu pula jadi.
Itu membuat saya terlalu simpati pada menantu saya. Lagipun Sarah pandai jaga hati saya. Itu je, bukanlah saya mentua terbaik.
Bukan nak buang anak sokong menantu, tidak. Tapi kerana simpati saya, kerana janji saya kepada menantu buat saya rasa kecewa sangat. Saya mahu jadi ibu terbaik buat Sarah.
Datin Patimah bagaimanapun tidak suka apabila ada netizen membandingkan dirinya dengan ibu Aliff Aziz kerana mereka tidak tahu situasi sebenar.
Untuk isu rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah, anaknya memang bersalah kerana meninggalkan isteri berkahwin di luar negara.
Tetapi, ibu Aliff mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa masih menyokong anak sendiri. Datin memohon dirinya tidak dibandingkan dengan sesiapa kerana dia bukanlah mentua terbaik.
Kredit: TikTok Melodi TV3
Patimah Ismail Nafi Buang Anak Demi Menantu, Rasa Berhutang ‘Janji’ Dengan Puteri Sarah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Helikopter Yang Bawa Presiden Iran Terhempas
- Isu Penjualan Saham MAHB: Kerajaan Mesti Berikan Penjelasan Yang Jujur
- Gelombang Hijau terbantut ,dijangka malap tidak sampai PRU16.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Teresa Kok Terima Ugutan Bunuh