Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?

 

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian telah disahkan terkorban dalam tragedi helikopter yang mereka naiki terhempas pada 19 Mei yang lepas.

Dengan kematian Ebrahim Raisi, Naib Presiden Iran, Mohammad Mokhber, akan menggalas tugas sebagai Presiden Iran.



Menurut Perlembagaan Iran, dalam kes kematian atau ketidakupayaan Presiden, Naib Presiden pertama akan mengambil alih fungsi Presiden sehingga pilihan raya diadakan dalam tempoh tidak lebih 50 hari.

Untuk rekod, jawatan Naib Presiden di Iran adalah jawatan yang dilantik, bukannya jawatan yang dipilih.

Ekoran dari tragedi yang mengorbankan Presiden Iran dan Menteri Luar Iran, timbul pelbagai spekulasi terhadap punca sebenar kemalangan tersebut.

Setakat ini kenyataan dari media rasmi kerajaan Iran, kemalangan tersebut dipercayai berpunca dari cuaca yang buruk.



Namun begitu, pihak berkuasa Iran dilapurkan akan melakukan siasatan terperinci serta tidak menolak beberapa kemungkinan yang lain.

Beberapa pihak mempersoalkan, mengapakah tidak ada panggilan kecemasan, ‘Maydey’ yang dibuat oleh juruterbang helikopter berkenaan.

Tidak mungkin juruterbang yang menerbangkan pesawat yang dinaiki oleh VVIP adalah seorang juruterbang yang tidak berpengalaman dan mudah panik.

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi



 

Sebagai seorang anak didik Khamenei yang dilihat berfahaman ekstrim, tidak boleh dinafikan Ebrahim Raisi mempunyai ramai musuh dari dalam dan luar Iran.

Pada penghujung 2022, kemarahan orang ramai tercetus atas kematian Mahsa Amini dalam tahanan polis moral Iran.

Tunjuk perasaan menggemparkan Iran selama berbulan-bulan, dengan wanita menanggalkan atau membakar tudung mereka dan memotong rambut mereka sebagai protes.



Perhimpunan itu berakhir pada pertengahan 2023 selepas kira-kira 500 orang terbunuh apabila pasukan keselamatan bergerak untuk mematahkan protes.

Manakala tujuh orang telah dihukum bunuh kerana peranan mereka dalam pergolakan.

Musuh Ebrahim Raisi Di Luar Iran

 

Ebrahim Raisi lantang bersuara dalam mengutuk serangan kejam Israel terhadap orang awam Palestin.



Kemarahan Ebrahim Raisi terhadap Israel memuncak apabila bangunan konsulat Iran di Damsyik diserang oleh Israel.

Serangan itu telah membunuh tujuh orang termasuk seorang komander tertinggi dan timbalannya.

Sebagai tindakbalas Ebrahim Raisi telah mengarahkan serangan lebih daripada 120 peluru berpandu balistik, 170 dron dan lebih daripada 30 peluru berpandu terhadap Israel.

Hubungan baik antara Iran dan Hezbollah dan Hamas juga menjadikan hubungan antara Iran dan Israel sentiasa tegang.



Tidak boleh ditolak begitu sahaja teori yang mengatakan kemalangan tersebut dirancang oleh Mosad yang sememangnya terkenal dengan pembunuhan terancang musuh-musuh Israel.

Namun begitu, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan.

Tetapi sekiranya ditemui bukti sama ada Israel atau Amerika Syarikat terlibat dalam pembunuhan Presiden Iran, ini bermakna mereka sedang merancang kemusnahan secara total ke atas negara sendiri.

Rusia, China, Korea Utara dan Pakistan yang menjadi sekutu rapat Iran sudah pasti tidak akan berpeluk tubuh.

 

Tragedi Helikopter Presiden Iran Terhempas, Kemalangan Atau Konspirasi?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button