Lelaki cederakan ibu guna pisau direman empat hari

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki cederakan ibu guna pisau direman empat hari
Gambar Hiasan

Lelaki dipercayai memukul ibu dan adik kandungnya sehingga cedera menggunakan pisau dan spanar dalam kejadian di Kampung Bongor, Gerik pada Selasa telah direman selama empat hari.

Perintah reman ke atas suspek berusia 29 tahun itu dikeluarkan Majistret Savinder Singh di Mahkamah Majistret Taiping bermula pada Rabu sehingga Sabtu ini.



Penahanan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan polis mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Lelaki terbabit ditahan selepas polis menerima laporan dibuat mangsa pada jam 7.50 pagi pada Selasa.

Kedua-dua mangsa berusia 54 dan 15 tahun itu datang ke balai polis membuat aduan dalam keadaan berdarah di bahagian kepala dan tangan akibat dipukul menggunakan senjata tajam.

Hasil siasatan mendapati suspek telah bertindak memukul ibunya bertubi-tubi di bahagian muka dan atas badan ketika wanita itu sedang mendirikan solat.



Adik lelaki suspek yang melihat kejadian itu cuba membantu, namun turut dipukul menggunakan spanar dan pisau pemotong getah.

Siasatan awal mendapati punca kejadian kerana suspek dikatakan telah berhalusinasi hingga bertindak mencederakan mangsa.

Sumber – SINAR HARIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button