Padah tanya makan malam sudah siap? Suami mati ditikam isteri

Oleh – Syeikh Baran


Padah tanya makan malam sudah siap? Suami mati ditikam isteri
KEJADIAN isteri menikam suami sehingga meninggal dunia berlaku di Osaka baru-baru ini. – Foto AFP

Seorang wanita berusia 64 tahun ditahan kerana menikam suaminya hingga mati selepas lelaki berkenaan bertanya kepadanya tentang makan malam, lapor portal berita The Mainichi.

Polis di Minato, Osaka menahan  suspek  yang  dikenali sebagai Pamera Okada berhubung  pembunuhan  itu, baru-baru ini. 



Suaminya yang dikenali sebagai Masaru, 76, meninggal dunia di sebuah hospital berdekatan.

Suspek mengaku menikam suaminya dan dipetik sebagai memberitahu polis: “Saya marah apabila dia bertanya sama ada makan malam sudah siap.” 

Pertanyaan itu menyebabkan dia menikam mangsa.

Wanita itu dikatakan menikam mangsa dengan menggunakan sebilah pisau dapur di rumah mereka kira-kira pukul 10.15 malam (waktu tempatan).  – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button