Peket sos cili atau sampel mikroorganisma?

Oleh – Syeikh Baran


Peket sos cili atau sampel mikroorganisma?
Hantaran dibuat melalui X, menunjukkan kuantiti sos dalam satu peket sangat sedikit berbanding peket sos lain

Perkongsian mengenai sepeket sos ayam goreng yang dilihat kuantitinya agak sedikit mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen sejak kelmarin.

Menerusi hantaran tersebut, netizen menggelarkan peket sos itu seperti sampel mikroorganisma kerana dilihat sangat sedikit berbanding dengan peket sos yang lain.



“Kak ini sos cili ke sampel mikroorganisma,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruangan komen mendapati warga X mempersoalkan dan mengusik dengan kuantiti sos dalam sepeket yang sangat sedikit.

“Agak-agak la nak berjimat pun. Kadang ada peniaga yang tambah air, lagi mahu kedekut ke?,” komen @haegeum.

“Ini sampel darah, buat satu atas ‘glass slide microscope’. Buat blood smear,” komen @yela3801.



Bagaimanapun, terdapat netizen yang cakna dengan larangan penggunaan ‘stapler’ dalam pembungkusan makanan.

”Tidak boleh guna ‘stapler’,” komen @Awansaw.

”’Food hazard stapler’ tu,” komen @ArassoMimi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button