Dua lelaki cedera terkena tembakan rakan sendiri

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki cedera terkena tembakan rakan sendiri
Gambar Hiasan

Dua lelaki cedera akibat terkena tembakan secara tidak sengaja oleh rakan sendiri di kawasan kebun di Kampung Gaur semalam.

Ketika kejadian kedua-dua mangsa sedang mencari tumbuh-tumbuhan herba di kawasan berkenaan.



Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 3.08 pagi daripada Unit Kecemasan Hospital Kota Belud.

“Pihak hospital memaklumkan terdapat dua pesakit yang diberikan rawatan dipercayai terkena tembakan.

“Susulan kejadian ini, polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan merampas selaras senapang patah buatan sendiri jenis ‘bakakuk’ bersama satu kelongsong peluru bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mendapati ketika kedua-dua mangsa dan suspek masuk ke kebun sebelum berpecah haluan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Shahrudin berkata, suspek yang membawa senjata berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah dua-dua mangsa yang disangkakan sebagai seekor rusa.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button