Keluarga penyerang polis suka kafirkan orang

Oleh – Syeikh Baran


Keluarga penyerang polis suka kafirkan orang
Saifuddin Nasution pada sidang akhbar selepas melancarkan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Perbuatan mengkafirkan orang lain serta tidak bercampur dengan orang lain boleh membawa kepada kemusnahan yang lebih dahsyat dalam masyarakat.

Itu penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai merujuk kepada siasatan kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota polis Jumaat lalu.



Saifuddin berkata, fokus siasatan polis terhadap kes itu bukan sahaja tertumpu kepada pelaku semata-mata, namun turut membabitkan penghasut (individu terdekat suspek).

Menurutnya, siasatan polis terhadap ahli keluarga suspek mendapati, ahli keluarga suspek tidak suka bercampur dengan orang lain selain menganggap orang disekelilingnya kafir.

“Perbuatan mengkafirkan orang boleh membawa kemusnahan dahsyat. Daripada segi agama pun tidak betul dan tidak boleh mengkafirkan orang sewenang-wenangnya.

“Siasatan mendapati, suspek juga tidak sekolah dan bercampur dengan orang pun tidak.



“Jadi, apa sahaja berkait dengan kerajaan dianggap kafir dan dia juga tidak bercampur dengan orang luar,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Katanya, perbuatan mengkafirkan orang lain memberi implikasi besar termasuk boleh memutuskan silaturahim sesama agama serta membawa implikasi buruk lain kepada masyarakat dan negara.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button