Meringkuk dalam penjara 14 tahun sebab ‘sentuh’ rakan

Oleh – Syeikh Baran


Meringkuk dalam penjara 14 tahun sebab ‘sentuh’ rakan
Muhammad Aidil Firdaus (tengah) dipenjara 14 tahun dan dua sebatan kerana mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii rakan sekerjanya di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Perbuatan seorang pekerja pembersihan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap rakan sekerjanya di wad Hospital Setiu berbalas apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan dua sebatan hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian selepas tertuduh, Muhammad Aidil Firdaus Mohd. Naser, 25, gagal dalam rayuannya sekali gus diputuskan bersalah pada akhir kes pembelaan.



Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan mangsa yang ketika itu berusia 24 tahun.

Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik di wad Hospiral Setiu pada pukul 4 hingga 5.30 petang, 8 Oktober 2020.

Muhammad Aidil Firdaus didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan hukum tabii terhadap mangsa di lokasi dan masa sama. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman lima hingga 20 tahun serta sebatan. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button