Lelaki pukul ibu dengan sepana diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki pukul ibu dengan sepana diarah jalani pemeriksaan psikiatri
Mohamad Helmi didakwa mencederakan ibunya di dalam sebuah rumah di Kampung Bongor, Gerik. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan seorang lelaki yang mencederakan ibu kandungnya di Gerik, 25 Mei lalu menggunakan sepana di Gerik Selasa lalu, menjalani pemeriksaan psikiatri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim, Rohaida Ishak selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan berikutan tertuduh, Mohamad Helmi Hamzah, 29, tidak memahami pertuduhan berkenaan.



Mahkamah juga menetapkan 24 Jun depan untuk menerima laporan psikiatri lelaki yang tidak diwakili peguam itu.

Terdahulu, Muhammad Firdaus memohon agar tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan bagi mendapatkan laporan status mentalnya berikutan lelaki itu mempunyai rekod rawatan psikiatri.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Helmi yang juga penganggur itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibu kandungnya berusia 54 tahun menggunakan sepana plug iaitu suatu alat yang jika digunakan sebagai senjata untuk menyerang mungkin boleh menyebabkan kematian.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki ditangkap berikutan aduan dibuat ibu dan adik lelakinya yang mendakwa dicederakan suspek menggunakan sepana dan pisau pemotong getah.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button