Serangan balai polis: Lima sekeluarga ditahan bawah SOSMA

Oleh – Syeikh Baran


Serangan balai polis: Lima sekeluarga ditahan bawah SOSMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Lima ahli keluarga suspek yang ditahan berhubung kes serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindakan tersebut diambil sejurus kelima-lima individu tersebut tamat reman, hari ini.



“Apa yang telah disebut oleh saya sebelum ini disyaki bapa JI (jemaah Islamiah) adalah betul, saya kena maklum begitu untuk siasatan ke arah mana.

“Tetapi bila panggil saksi, kita dapati keluarga ini memang tidak bercampur dengan orang ramai dan anak tidak bersekolah.

“Anak terakhir perempuan tidak sekolah, suspek yang mati ditembak hanya sekolah sampai dajah empat, abang dia sampai tingkatan lima, kakaknya pula darjah enam, jadi fahaman dan ideologi dibawa (keluarga berkenaan) adalah fahaman ideologi radikal,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pejabat Siasatan Jenayah Penggubahan Wang Haram, Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara, di sini, hari ini.



Tambah Razarudin, seramai 47 saksi telah direkod keterangan berkaitan kes dan pemeriksaan polis turut menemui beberapa batang paip dipercayai untuk membuat pistol angin di rumah suspek.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button