Hayun kerusi berang gagal dapat duit daripada bapa

Oleh – Syeikh Baran


Hayun kerusi berang gagal dapat duit daripada bapa
Gambar Hiasan

Seorang lelaki warga emas cedera selepas dibaling kerusi plastik oleh anaknya ketika mereka bertengkar dalam kejadian di Jalan Kuala Rui, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan mangsa berusia 74 tahun menerima empat jahitan di kening kanan.



Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek berusia 35 tahun meminta wang daripada mangsa dan menuduh lelaki itu mengambil wang tersebut.

Tindakan suspek itu menimbulkan kemarahan bapanya sehingga mencetuskan pertengkaran sebelum suspek yang menganggur menghayun kerusi ke arah bapanya.

Mangsa yang mendapatkan rawatan di Hospital Gerik kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 1.19 pagi, hari ini.

Berikutan itu, suspek ditangkap dan beberapa barang kes dirampas termasuk kerusi plastik berwarna biru yang digunakan dalam kejadian itu.



Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button