Apa Pula Alasan Muhyiddin Untuk Elak Di Cabar Dalam Pemilihan PPBM September Ini

Apa Pula Alasan Muhyiddin Untuk Elak Di Cabar Dalam Pemilihan PPBM September Ini

Apa Pula Alasan Muhyiddin Untuk Elak Di Cabar Dalam Pemilihan PPBM September Ini

 

Desakan dari ahli PPBM agar lima jawatan tertinggi dipertandingkan dalam pemilihan PPBM pada September ini semakin lantang.

Majoriti ahli PPBM merasakan sudah sampai masanya untuk PPBM membuat perubahan kepimpinan utama parti sekiranya mahu terus relevan di pentas politik tanah air.



Kekecewaan mereka berpunca kerana melihat peranan PPBM kini hanya sebagai tiang sokongan kepada PAS di khemah Perikatan Nasional.

Mereka mahu parti PPBM kembali menjadi tiang utama di dalam khemah Perikatan Nasional sebagaimana keadaan sebelum PRU 15.

Antara calon yang menjadi pilihan ahli PPBM untuk menerajui kepimpinan utama PPBM adalah Hamzah Zainuddin atau pun Azmin Ali.

Kedudukan Ahmad Faizal Azumu (Peja) sebagai Timbalan Presiden PPBM dilihat sudah berakhir selepas pemilihan parti sekiranya ada pencabar.



Namun begitu, ada kekangan kepada Hamzah dan Azmin sekiranya mereka mahu mencabar kedudukan Muhyiddin sebagai presiden PPBM.

Berdasarkan syarat pemilihan semasa, ahli perlu menjadi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) selama dua penggal jika berhasrat mahu bertanding lima jawatan tertinggi parti.

Hamzah menyertai PPBM pada 2019 dan dilantik sebagai setiausaha agung pada 2020, manakala Azmin menyertai PPBM pada Ogos 2020 dan dipilih menganggotai MPT pada bulan berikutnya.

Ini membuatkan kedua-dua mereka masih lagi belum layak untuk merebut lima jawatan tertinggi PPBM.



Tetapi sekiranya perlembagaan parti diubah sebelum pemilihan pada September ini, maka kedua-dua mereka layak untuk bertanding.

Tetapi bersediakah Muhyiddin untuk mengubah perlembagaan parti yang akan menyebabkan beliau tersingkir?

Dalam Konvensyen Tahunan PPBM tahun lepas, Muhyiddin mempermainkan perwakilan dengan membuat pengumuman palsu kononnya beliau tidak akan pertahankan jawatan presiden.

Namun beliau menarik balik pengumuman palsu tersebut dengan menggunaka alasan kononnya keputusan beliau tidak direstui isteri beliau.



Walau pun tahu ramai yang marah dan kecewa dengan kelakar seram yang Muhyiddin buat, namun beliau tetap dengan pendirian tersebut.

Kini, apa pula alasan yang akan Muhyiddin gunakan supaya tidak tersingkir dari PPBM.

 

Apa Pula Alasan Muhyiddin Untuk Elak Di Cabar Dalam Pemilihan PPBM September Ini

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button