PRK DUN Sungai Bakap: Notis kekosongandiserah kepada SPR

Oleh – Syeikh Baran


PRK DUN Sungai Bakap: Notis kekosongandiserah kepada SPR
Choo Kiang (dua dari kanan) menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada Siti Nazariah (dua dari kiri) di lobi DUN Pulau Pinang, hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang hari ini menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pulau Pinang, Dr. Siti Nazariah Abdul Zalim kira-kira pukul 2 petang, di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.



Susulan itu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kerusi itu.

Choo Kiang berkata, notis kekosongan DUN Sungai Bakap itu dimaklumkan kepada SPR selaras dengan Fasal Lima Perkara 19, Perlembangaan Pulau Pinang.

“Suka atau tidak kita perlu maklumkan kepada SPR bahawa ada kekosongan di DUN (Sungai Bakap),” katanya di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button