Che Ta Minta Tips Untuk Hilangkan Darah Pada Hidung Aaisyah!

“Kalau Orang Dulu Selalu Letak Daun Sirih”

Che Ta Minta Tips Untuk Hilangkan Darah Pada Hidung Aaisyah! 

Che Ta Minta Tips Untuk Hilangkan Darah Pada Hidung Aaisyah!

Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.



Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

“Saya Masa Kecil Begini Juga, Bila Besar Dah Hilang”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 50 ribu, tanda suka sebanyak 1,638 dan sebanyak 186 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang meminta tips kepada pengikutnya di laman media sosial untuk hilangkan darah yang sering keluar dari hidung Aaisyah.

Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga berkongsikan diruangan komen bahawa mereka juga pernah mengalaminya sewaktu kecil, namun apabila meningkat dewasa ianya tidak berlaku lagi. Ada juga yang mengatakan bahawa penyebab keluarnya darah dari hidung adalah kerana suhu dalam badan yang panas.



Che Ta Minta Tips Untuk Hilangkan Darah Pada Hidung Aaisyah!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button