Dua lelaki cedera diserang sekumpulan individu berpisau

Oleh – Syeikh Baran


Dua lelaki cedera diserang sekumpulan individu berpisau
KEADAAN kedai permainan komputer di Buntong selepas insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki kelmarin.

Dua lelaki cedera selepas diserang sekumpulan individu bersenjatakan pisau dalam kejadian di sebuah kedai permainan komputer di Buntong, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 10.15 malam dan laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat mangsa berusia 24 tahun.



“Ketika kejadian, mangsa dan rakannya berusia 18 tahun sedang bermain permainan komputer sebelum datang lima lelaki masuk ke dalam premis dan menyerang mereka.

“Akibat pergaduhan itu, mangsa cedera ditikam di bahagian perut dan lengan manakala rakannya pula parah di lengan kanan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dua daripada lima suspek berusia 19 dan 20 tahun berjaya ditangkap di kawasan Buntong hari ini dan usaha sedang dijalankan bagi mengesan tiga rakan lain.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button