Pesawah dituduh perkosa, setubuh luar tabii anak jiran

Oleh – Syeikh Baran


Pesawah dituduh perkosa, setubuh luar tabii anak jiran
Tertuduh (depan) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Seorang pesawah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini, hari ini atas 10 pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap remaja perempuan bawah umur yang juga anak jirannya, dua minggu lalu.

Tertuduh berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.



Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Lahar Tiang, Kepala Batas, di sini antara pukul 1 pagi dari 3 hingga 12 Mei lalu.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes akan disebut semula pada 27 Jun depan untuk laporan perubatan dan serahan dokumen.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button