EPL: Hazard cadang nama rakan kemudi Chelsea

EPL: Hazard cadang nama rakan kemudi Chelsea

EPL: Hazard cadang nama rakan kemudi Chelsea
FABREGAS berjaya mengemudi Como untuk dipromosi ke saingan Serie A musim depan menyebabkan Hazard percaya bekas rakan sepasukannya itu mempunyai kualiti. – AFP

LONDON – Beberapa nama kini sudah mula dikaitkan dengan jawatan pengurus baharu Chelsea selepas kelab itu membuat keputusan menamatkan kerjasama mereka bersama Mauricio Pochettino minggu lalu.

Ketika ini, tiga nama iaitu Enzo Maresca, Kieran McKenna dan Thomas Frank berada dalam senarai teratas oleh pemilik Chelsea, Todd Boehly untuk dibawa ke Stamford Bridge bagi mengemudi pasukan itu musim depan.

Bagaimanapun, bekas bintang sensasi The Blues, Eden Hazard memiliki pandangannya tersendiri apabila menamakan bekas rakan sepasukannya di Chelsea sebelum ini sebagai calon yang paling ideal untuk kembali mengangkat reputasi kelab itu.



“Ia agak menyedihkan (pemecatan Pochettino). Sejujurnya, beliau telah melakukan tugas dengan baik. Saya tahu ramai yang mahu Chelsea kembali menguasai saingan, tetapi kelab ini perlu melalui satu lagi proses transisi selepas keputusan ini dibuat.

“Ramai yang memberi cadangan bahawa Roberto De Zerbi adalah pilihan yang baik buat Chelsea, namun saya ada seorang rakan di Como, dia juga mampu untuk memikul tugas memulihkan Chelsea,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Subsidi Bersasar RON95 Akan Masuk Ke Dalam Akaun Penerima?




Cadangan Hazard itu adalah merujuk kepada Cesc Fabregas yang pernah beraksi bersama Chelsea sebelum ini dan kini berjaya membantu pasukan dari Itali itu melonjak ke saingan Serie A musim depan dari divisyen kedua.

Pelantikan Fabregas mungkin dianggap kurang tepat untuk mengemudi Chelsea ekoran pengalamannya yang cetek sebagai pengurus, namun ia bukan suatu yang mustahil untuk direalisasikan ketika bekas pemain antarabangsa Sepanyol itu memiliki pengaruh yang besar bersama kelab London tersebut. – AGENSI

EPL: Hazard cadang nama rakan kemudi Chelsea

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button