Ernie Zakri Akhirnya Bersuara Isu Wajah Anak Dihina

Ernie Zakri Akhirnya Bersuara Isu Wajah Anak Dihina

Ernie Zakri Akhirnya Bersuara Isu Wajah Anak Dihina

Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa sedih apabila anak perempuannya, Nur Khawla Soleha menjadi bahan cacian oleh sesetengah netizen di media sosial. Korang dah kenapa?

Menurut laporan HibGlam, Ernie berkata ada yang tergamak samakan wajah anaknya itu dengan haiwan. Ibu mana yang tak sakit hati kan kalau anak dia kena macam tu!



Normal seorang ibu sedih dan wujud segelintir netizen yang saya boleh kata tidak berakal tapi saya bertanggungjawab atas semua itu kerana saya yang pilih tayang anak.

Bukan menerima dengan hati terbuka apabila ada orang kutuk anak saya, tetapi apabila tahu perkongsian itu membawa ke arah negatif, saya akan mula kurangkan hantaran berkaitan anak.

Ini tanggungjawab saya dan suami. Saya tahu tidak semua orang suka tengok anak kami tapi bila ada yang kata anak saya tak comel, sedih saya.

Walau bagaimanapun, Ernie memberitahu yang dia tidak akan mengambil tindakan undang-undang dan menganggap manusia seperti itu hanya mahukan perhatian saja.



Mereka mahukan perhatian. Jadi jika tak beri perhatian pasti mereka akan berhenti. Tapi yang tidak berhenti komen, banyak masa di rumah saya boleh katakan dia gila.

Saya berdepan dengan ramai netizen yang tidak berhenti mesej kerana mahukan perhatian. Selagi tidak menjatuhkan reputasi kerjaya dan ganggu keluarga, tidaklah saya ambil tindakan.

Kredit: HibGlam

Ernie Zakri Akhirnya Bersuara Isu Wajah Anak Dihina

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button